7 Disember 2014 - 09:56
ISIS tawan Huwaija al-Mari'ayya, askar Syria disembelih

Huwaija al-Mari'ayya jatuh ke tangan ISIS dan seorang askar Syria disembelih

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Pertempuran sengit pengganas ISIS dengan askar Syria dilaporkan terjadi di Huwaija Sakkar, Huwaija al-Mari'ayya dan perkampungan al-Jufra di Deir alZour sejak beberapa hari lalu.

Meskipun ramai anggota ISIS terbunuh, kumpulan pengganas tersebut mengumumkan kejayaan mereka menawan Huwaija al-Mari'ayya.

Askar kerajaan terpaksa mengundurkan diri dari mempertahankan kawasan ini kerana khuatir dikepung pengganas.

Pengganas ISIS yang menyerbu masuk ke Huwaija al-Mari'ayya berjaya menawan seorang askar Syria dan menyembelihnya.

ISIS melancarkan serangan ini dengan tujuan menawan lapangan terbang Deir al-Zour, namun belum ada berita kejatuhan kawasan tersebut di tangan pengganas manakala askar Syria mengukuhkan pertahanan.

Sementara itu askar Syria juga telah mengirim pasukan tambahan untuk mempertahankan lapangan terbang Deir al-Zour.

Lapangan terbang tersebut merupakan yang ketiga terbesar di Syria dan menjadi salah satu pengkalan askar di negara ini.

...............